Ketika kerajaan BN dulu JKKK (jawatan Keselamatan dan
Kemajuan Kampong tiada masalah dan aman tenteram.
Apabila PH memerintah kerajaan pusat, MPKK (Majlis
Pengurusan Komuniti Kampong) ditubuhkan bagi gantikan JKKK dengan harapan ianya
sebahagiannya diisi oleh mereka yang pro kepada PH.
Di Pahang, MPKK tidak berjaya ditubuhkan kerana tidak ada
sesiapa yang pro PH ingin atau rela menonjol diri dan menyertai MPKK.
Atas inisiatif YAB Menteri Besar Pahang, Jawatankuasa
Kemakmuran dan Keselamatan Kampong diujudkan bagi menggantikan MPKK yang gagal
dibentuk kerana tidak diisi oleh pihak pro PH.
Menyedari hal itu, kerajaan PH yang masih berkuasa ketika
itu mencadangkan MPKKP (Majlis Pengurusan Komuniti Kampong Persekutuan) (yang
dianggotai sepenuhnya oleh pro PH) diujudkan bagi menyaingi MPKK yang sedia ada
khususnya di Pahang.
Dalam keadaan berusaha mewujudkan MPKKP itu, takdirnya
kerajaan PH tumbang angkara PMnya meletak jawatan.
Malangnya ketika kerajaan yang dipimpin oleh TS Muhyiddin
mentadbir dengan mendapat sokongan UMNO/BN dan PAS, ada pula menteri yang
berkiblatkan PH mencadangkan perkara sama diujudkan semula.
Ada menteri yang belum celik mindanya mencadangkan penubuhan
JPKK (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampong) dan JPKKP (Jawatankuasa
Pembangunan dan Keselamatan Kampong Persekutuan) diujudkan. Apakah tujuan
sebenarnya? Mencari pengaruh parti atau sengaja bangkitkan kemarahan rakyat?
Kerajaan dan menteri berkenaan dinasihatkan agar tidak
mempolitikan fungsi JPKK atau JPKKP kerana rakyat sudah penat menghadapi
keadaan suasana politik tidak tenteram selama ini.
Sebaliknya berusahalah bersungguh-sungguh memulihkan semula
ekonomi rakyat yang musnah akibat wabak Covid19 serta ketidakcekapan pengurusan
kerajaan terdahulu.
SUMBER : AZAM AB RAHMAN / FACEBOOK PAHANGKU MEDIA
DS Shahaniza Shamsuddin
·
PUTRAJAYA – Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) ditukarkan kepada
Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa
Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).
Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abd Latiff
Ahmad, keputusan itu ekoran mesyuarat Kabinet pada Rabu lalu bersetuju untuk
menambahbaik pelaksanaan kedua-dua majlis berkenaan.
“JPKK akan dikuatkuasakan di 10 buah negeri yang ditadbir
oleh Kerajaan Persekutuan iaitu Johor, Melaka, Perak, Pahang, Kedah Perlis,
Kelantan Terengganu, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“JPKK akan dikuatkuasakan di 10 negeri pentadbiran Perikatan
Nasional dan JPKKP di empat negeri pembangkang iaitu Pulau Pinang, Selangor,
Negeri Sembilan dan Sabah,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis
Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Luar Bandar hari ini.
Abd Latiff yang juga Ahli Parlimen Mersing berkata, antara
pembaharuan lain yang dilaksana kementeriannya adalah penambahbaikan prosedur
pelantikan anggota iaitu dengan mewujudkan jawatankuasa peringkat daerah atau
Parlimen yang akan melaksana tapisan pemilihan calon mengikut pembahagian
komposisi parti komponen kerajaan persekutuan.
“Senarai calon anggota ini kemudiannya akan dipertimbangkan
oleh pihak berkuasa melantik iaitu Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi
negeri-negeri JPKK dan Menteri Pembangunan Luar Bandar bagi negeri-negeri
JPKKP,” katanya.
Bagaimanapun, semua lantikan itu hendaklah terlebih dahulu
diperakukan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri.
Jumlah JPKK dan JPKKP yang akan diwujudkan di seluruh negara
adalah sebanyak 15,434 dan melibatkan keseluruhan anggota seramai 128,930 orang
dengan kesemua pelantikan dijangka selesai pada Ogos nanti. – MalaysiaGazette
Nota: Pahang dah tukar kepada Jkkk pada January lepas, bila
Kerajaan Persekutuan ketika itu buat MPKKP. Bila tukar Kerajaan, nak kena tukar
lagi pulak. Dah komposisi ahli kena ikut parti komponen Kerajaan Persekutuan
pulak.
Nak tanya, orang Pahang setuju ke?
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor