KUANTAN, 15 Julai – Bantuan khas RM500 akan dibayar kepada
kira-kira 8,000 penjawat awam di Pahang untuk membantu mereka dalam mendepani
impak ekonomi disebabkan pandemik COVID-19.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata
bantuan khas bagi pegawai gred JUSA dan ke bawah itu diputuskan pada mesyuarat
Exco kerajaan negeri yang dipengerusikan beliau pagi ini.
“Bayaran akan dibuat esok dan melibatkan implikasi kewangan
kepada kerajaan negeri kira-kira RM4 juta,” katanya dalam kenyataan di sini,
hari ini.
Wan Rosdy berkata keputusan itu selaras langkah kerajaan
Persekutuan memberikan bantuan khas RM500 kepada 1.5 juta penjawat awam yang
merupakan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat
(PRIHATIN) diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac
lepas.
Menteri Besar berharap bantuan itu dapat membantu penjawat
awam negeri membuat persiapan untuk Aidiladha yang akan disambut pada akhir
bulan ini
SUMBER . – BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor