Pages

Tuesday, June 9, 2020

UMNO BERSIAP-SIAGA UNTUK PRK DUN CHINI






UMNO sudah pun bersiap-siaga untuk PRK DUN Chini. Secara memenuhi SOP PKPB jentera telahpun digerakan.


Walaupun ada beberapa parti politik telah mengistihar tidak bertanding kerana mengambil kira Penularan covid19. Namun YAB Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang tetap mengatur persiapan rapi melalui jentera sedia ada.


Tidak menolak kemungkinan ada calon² Bebas dan sebagainya bakal menawarkan diri. Ini sebenarnya hanya mendedahkan rakyat kepada penularan dan negara kepada beban perlaksanaan PRK.


Namun atas semangat perjuangan serta tradisi mempertahankan rakyat melalui sistem demokrasi maka UMNO Pahang telahpun mengatur langkah untuk mengharungi PRK ini dengan stratigi yang tersusun rapi.


Kita tidak mahu mempersiakan kehendak pengundi dan kita akur kepada suara mereka.


Selaku Penerangan UMNO Pahang mengucapkan tahniah diatas langkah bijak YAB Dato Sri Wan Rosdi Wan Ismail selaku Pengerusi Perhubungan yang telah membuat keputusan tepat. Dua dalam satu. Pertama memberi saranan kepada mana² parti agar memberi laluan kepada BN dengan alasan² yang sangat munasabah dan memberi rasional kebaikan kepada semua pihak. Dan kedua tidak pula berlepas tangan walaupun telah mendapat perakuan dari parti² lain untuk tidak bertanding. Benar kerana dengan bersiap siaga bukti kita tetap menyantuni demokrasi serta kemahuan rakyat.


Dato Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad

Ketua Penerangan UMNO Pahang

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor