Pages

Thursday, June 11, 2020

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR PAHANG: PREMIS DAN AKTIVITI PERNIAGAAN KINI BOLEH BEROPERASI BERMULA 7 PAGI HINGGA 10 MALAM



Setelah mengeluarkan kenyataan media tentang Garis Panduan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Negeri Pahang tengah hari semalam, saya menerima maklum-balas khususnya dalam kalangan peniaga kedai makan dan persatuan-persatuan berkenaan, mengenai tempoh operasi ditetapkan bermula 7 pagi hingga 9.30 malam.

Kerajaan Negeri mengambil berat atas maklum-balas ini dan setelah perbincangan lanjut dengan YB Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri, Dato' Sri Dr Salehuddin Ishak, serta agensi-agensi termasuk Majlis Keselamatan Negeri (MKN) dan Jabatan Kesihatan Negeri;

Sukacita saya umumkan tempoh operasi semua premis dan aktiviti perniagaan kini bermula 7 pagi hingga 10 malam kecuali bagi sektor yang dibenarkan (perkhidmatan ‘essential’) mengikut kelulusan lesen perniagaan asal seperti stesen minyak, kilang dan klinik.

Keputusan terbaharu ini saya harap memadai setakat ini. Semakan akan dibuat dari masa ke semasa berpandukan tahap ancaman wabak pandemik COVID-19 di Pahang dan menurut keperluan semasa, termasuk aspek kepatuhan rakyat terhadap garis panduan serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang Kerajaan tetapkan, In Sya Allah.

Saya juga berharap, kita tidak hilang fokus sebaliknya terus memberi tumpuan dalam menjayakan langkah-langkah bagi membendung wabak pandemik ini yang masih menggugat kesihatan awam di dunia, negara dan negeri ini.


DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang
11 Jun 2020

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor