KUANTAN: “Alhamdulillah, terima kasih Menteri
Besar Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang, kini kehidupan saya sekeluarga lebih
selesa kerana setelah menerima sumbangan untuk memasuki rumah baharu.”
Itu luahan Zahari Mohd Nor, 58, dari Kampung Tanjung Lumpur
yang menerima sebuah rumah pada Majlis Penyerahan Kunci Program Perumahan
Rakyat Disewa (PPRS) Pak Mahat, di sini.
Bapa kepada lima orang anak itu berkata, dia sangat terharu
apabila Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar Pahang amat prihatin
terhadap masalah rakyat di negeri ini.
“Saya akur dengan keputusan Kerajaan Negeri meminta kami
berpindah. Alhamdulillah banyak yang Kerajaan Negeri Bantu terutamanya dalam
proses perpindahan kami sekeluarga ke Pak Mahat,” katanya ketika ditemui pada
majlis berkenaan di pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di sini hari.
Majlis penyerahan kunci berkenaan disempurnakan oleh Menteri
Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.
Turut hadir, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr.
Sallehuddin Ishak dan barisan EXCO Kerajaan Negeri Pahang.
Sementara Zuraida Awang Ngah, 43, berkata, beliau berasa
amat lega dan bersyukur kerana ada pihak yang sudi membantu untuk mendapat
rumah baharu yang lebih selesa dan selamat.
“Terima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu
‘menghadiahkan’ saya sebuah rumah . Rumah ini cukup sempurna bagi saya,” kata pesakit buah pinggang itu.
Bagi Nawi Abdullah, 72, pula, Kerajaan Pahang amat prihatin
apabila tidak meruntuhkan rumah yang dibina di tanah kerajaan sehingga mendapat
rumah yang baharu.
“Saya bersyukur kerana keprihatinan pemimpin turun padang
dan melihat sendiri kehidupan kami sekali gus terus membantu,” katanya.
SUMBER – PAHANGMEDIA
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor