KUALA LUMPUR – Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam memutuskan satu garis panduan solat Jumaat
semasa tempoh Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan
.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagaimanapun berkata, resolusi muzakarah itu akan
di bawa kepada Majlis Raja-Raja.
“Ia bagi sebagai satu pandangan dan nasihat untuk
dipertimbangkan dan diputuskan oleh
pihak berkuasa agama negeri.
“Perlembagaan Persekutuan
menetapkan urusan berkaitan hal ehwal Islam berada di bawah ruang
lingkup kuasa dan bidang kuasa negeri di bawah naungan Raja-Raja bagi
negeri-negeri, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Awal hari ini, Zulkifli berkata, Kementerian Kesihatan (KKM)
melalui Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah telah meneliti
cadangan garis panduan bagi pelaksanaan aktiviti keagamaan dan surau untuk
mencegah jangkitan Covid-19.
Kata Zulkifli, faktor masa yang sesuai untuk pelaksanaan garis
panduan itu akan berpandukan kepada nasihat dan saranan KKM selaku pihak yang
berkepakaran.
Tambah Zulkifli lagi, Raja-raja Melayu mempunyai hak untuk
memutuskan sebarang urusan berhubung hal ehwal agama di negeri-negeri.
“Saya amat menjunjung hikmah dan kebijaksanaan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dalam mempertimbangkan dan memutuskan sebarang
urusan berkaitan hal ehwal Islam di negeri-negeri dan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Yang Dipertuan Agong dalam mempertimbangkan dan memutuskan sebarang
urusan berkaitan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri
tidak beraja,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menyeru seluruh umat Islam untuk
mematuhi segala peraturan berkaitan penangguhan aktiviti keagamaan di masjid
dan surau yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri dan sentiasa
memanjatkan doa agar wabak ini beransur hilang.
“Yakinlah bahawa akan tiba saatnya masjid dan surau kembali
meriah dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan diimarahkan dengan sebaiknya,”
katanya.
SUMBER : – MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor