RIYADH – Umat Islam diminta menunggu sehingga satu tempoh
masa yang jelas mengenai situasi pandemik koronavirus sebelum merancang untuk
mengerjakan haji pada tahun ini.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Menteri Haji selepas Arab
Saudi menggantung kedatangan jemaah umrah pada awal bulan ini susulan penularan
koronavirus di negara itu.
“Arab Saudi sudah sepenuhnya bersedia untuk menerima jemaah
umrah dan Haji tetapi pada keadaan semasa kita sedang bercakap mengenai
pandemik global.
“Negara ini sangat prihatin dalam melindungi kesihatan umat
Islam. Jadi kami meminta umat Islam dari semua negara bersabar dahulu sehingga
keadaan selamat,” katanya dalam siaran televisyen.
Setakat ini pun, pihak berkuasa Arab Saudi belum membuat
pengumuman sama ada ibadah haji akan diteruskan atau sebaliknya.
Mengikut jadual, Arab Saudi dijangka menerima jemaah haji
mulai bulan Julai ini.
Namun, penularan wabak koronavirus merentasi dunia kini
mengekang orang ramai untuk berhimpun secara beramai-ramai.
Setiap tahun sejumlah 2.5 juta orang umat Islam akan
mengerjakan haji.
Arab Saudi kini sedang meningkatkan usaha membendung
jangkitan Covid-19 yang telah menjangkiti 1,563 orang rakyatnya dengan 10 kes
kematian.
SUMBER: Agensi –
MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor