KUALA LUMPUR, 1 April -- Bermula hari ini rakyat Malaysia daripada
pelbagai lapisan masyarakat yang terjejas akibat wabak COVID-19 akan menerima
dan boleh mula memohon pelbagai bantuan serta inisiatif yang digariskan dalam
Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan kerajaan.
Selain Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM20 bilion yang
diumumkan pada 27 Feb, rakyat juga boleh menikmati pelbagai bantuan di bawah
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumum Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lepas.
Kedua-dua pakej yang keseluruhannya berjumlah RM250 bilion
bertujuan melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi
dalam menghadapi kesan pandemik COVID-19.
Berikut adalah antara bantuan dan inisiatif di bawah
PRIHATIN yang bermula hari ini :
1. Elaun khas RM600 untuk petugas kesihatan dan perubatan.
2. Elaun khas RM200 kepada anggota tentera, polis, kastam,
imigresen, bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan anggota RELA.
3. Penangguhan bayaran Perbadanan Tabung Pembangunan
Kemahiran (PTPK) selama enam bulan.
4. Pemberian diskaun 15 peratus ke atas bil elektrik sektor
pelancongan dan dua peratus bagi sektor komersial, industri, pertanian dan isi
rumah di Semenanjung Malaysia.
5. Diskaun tambahan penggunaan kadar elektrik. Kerajaan
bersama Tenaga Nasional Berhad menambah peruntukan RM530 juta untuk memberi
diskaun berperingkat antara 15 peratus hingga 50 peratus mengikut penggunaan
kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan.
6. Pelanggan pascabayar dan prabayar akan diperuntukkan
internet berkelajuan tinggi secara percuma, dengan kuota satu gigabait (GB)
sehari, sehingga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.
7. Bayaran ‘one-off’ kepada pemandu teksi sebanyak RM600.
8. Penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan kepada
semua Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk tempoh tiga bulan.
9. Penangguhan bayaran ansuran cukai kepada perniagaan yang
terjejas dalam sektor pelancongan selama enam bulan.
10. Moratorium pembayaran pinjaman TEKUN, MARA dan koperasi
serta mana-mana agensi kerajaan yang memberi pinjaman kepada PKS.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor