KUANTAN - Individu yang berhasrat menjalankan perniagaan
penghantaran sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
wajib mendapatkan permit bagi tujuan mengawal keselamatan orang ramai.
Ketua Seksyen Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuantan
(MPK), Norkamawati Kamal berkata, langkah itu bertujuan mengumpul rekod pekerja
penghantaran, membantu memudahkan petugas keselamatan dan mendidik prosedur
operasi standard (SOP) ketika membuat penghantaran.
Menurutnya, permit yang dikeluarkan dalam tempoh sebulan
adalah percuma dan setakat semalam lapan pekerja penghantaran makanan dan
barangan mendaftar permit itu.
"Mereka mahu menambah pendapatan lebih-lebih lagi
pekerja kedai makan. Tetapi apabila semakin ramai yang melakukannya perlu ada
mekanisme bagi memantau pergerakan dan kontak mereka.
"Masyarakat perlu faham tidak semua sedar bahaya
apabila berjumpa orang ramai yang kita tidak kenal dan tidak tahu sejarah
kontak mereka," katanya.
Beliau berkata, antara faktor MPK meluluskan permit supaya
mendidik penghantar berkenaan mengenai kaedah yang selamat untuk berurusan
dengan pelanggan.
Norkamawati memberitahu, permit tersebut juga memudahkan
pihak berkuasa memantau pergerakan dan kontak mereka sekiranya didapati positif
pandemik Covid-19.
Mereka yang tidak mempunyai permit juga boleh diarahkan
pulang oleh petugas keselamatan.
SUMBER : SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor