KUANTAN : Menteri Besar Pahang,
YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail hari ini menyerahkan sumbangan kepada
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi diagihkan kepada rakyat yang sangat
memerlukan di semua 42 kawasan Dewan Negeri (DN) di Pahang.
YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy
berkata, sumbangan ini adalah salah satu daripada lima inisiatif baharu yang
diumumkan baru-baru ini bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penularan
wabak COVID-19.
“Setiap DN akan menerima
sumbangan berjumlah RM75,000 untuk disalurkan kepada 500 orang penerima. Setiap
penerima pula akan menerima sumbangan tunai RM100 dan barangan keperluan asas
bernilai RM50.
“Nilai peruntukan bagi
melaksanakan inisiatif ini ialah RM3.15 juta,” katanya ketika berucap pada
Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Wakil Dewan Negeri di Yayasan Pahang di Tanjung
Lumpur.
Hadir sama, YB Setiausaha
Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak dan Barisan Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang.
Beliau berkata, selain itu
inisiatif lain adalah bantuan tunai RM300 kepada penghulu serta RM200 kepada
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) di seluruh Pahang
dengan jumlah keseluruhan RM132,400.
“Selain itu, Kerajaan Negeri juga
telah meluluskan pemberian 500 kampit beras kepada semua 42 kawasan Dewan
Negeri (DN) untuk disumbangkan kepada golongan yang memerlukan. Nilai
peruntukan untuk ini pula ialah RM304,500.
“Inisiatif seterusnya adalah
sumbangan barangan keperluan bernilai RM50 kepada 1,500 orang dalam kalangan
miskin tegar di negeri ini. Nilai peruntukan untuk bantuan ‘one-off’ ini ialah
RM75,000.
“Kita turut memberi sumbangan
tunai RM100 dan barangan keperluan bernilai RM50 kepada masyarakat Orang Asli
di seluruh negeri, melibatkan 3,975 orang dengan nilai peruntukan RM596,250,”
katanya.
SUMBER – PAHANGMEDIA
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor