Pages

Tuesday, April 7, 2020

KOORDINASI PENGAGIHAN BANTUAN ANTARA PARTI SEMAKIN BAIK




KUANTAN, : Kesepakatan antara parti di dalam Perikatan Nasional terutamanya membabitkan 
UMNO dan PAS semakin baik terutamanya dalam koordinasi pengagihan bantuan sepanjang Perintah Kawalan   Pergerakan (PKP) di negeri  ini.


Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pahang, YH. Dato’ Sri Abdul Hamid Nazahar berkata,
koordinasi antara parti juga akan diperkemaskan dari semasa ke semasa bagi memastikan bantuan yang diberikan dapat sampai ke peringkat bawahan.


“Sebelum ini kesepakatan kita memang baik dan InsyaAllah selepas ini akan lebih baik lagi,” 
 katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan bantuan di Kediaman Rasmi Menteri Besar
Pahang di sini.


Beliau berkata, dalam majlis itu juga, Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan
Ismail dengan Pesuruhjaya PAS Pahang, YB Ustaz Rosli Abdul Jabar turut mengadakan
perbincangan berkaitan agihan bantuan sepanjang tempoh PKP ini.



SUMBER: PAHANGMEDIA.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor