Pages

Tuesday, April 14, 2020

COVID-19: KOTAK LALUAN NYAH KUMAN (D’PERANG) GUNA BAHAN HALAL DI WISMA SRI PAHANG




KUANTAN: Bangunan Pejabat Wisma Sri Pahang di laluan antara blok A dan Blok B telah dipasang dengan Kotak Laluan Nyah Kumah hari ini bagi kegunaan kakitangan dan pelawat bertujuan untuk disinfektan (bunuh kuman) pada anggota badan sebelum mereka memasuki pejabat kerajaan negeri itu.


Kotak Laluan Nyah Kuman diberi nama D’Perang itu ditaja oleh PahangGo Sdn Bhd dan ianya menggunakan ‘Diaclean Pera Sterilant’ yang mengandungi peracetic acid sebagai bahan aktif yang mematuhi piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan United States Environmental Protection Agency (USEPA) sebagai antara bahan yang mampu membunuh virus termasuk Covid-19 malah ianya mengandungi bahan yang halal dan bebas kandungan aldehyde serta alkohol. Produk ini merupakan kalobrasi antara PahangGo dan UMP Renal Care.


Baru-baru ini, penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya menghasilkan produk disinfektan ‘Diaclean Pera Sterilant’ halal berasaskan cuka makanan yang mampu membunuh mikroorganisma seperti bakteria, virus, fungi dan protozoa.


Produk inovasi disinfektan organik yang bersifat mesra alam ini juga mesra pengguna, tidak berbau, lebih murah serta tidak mendatangkan sebarang kesan negatif kepada permukaan atau pengendali.


Produk diaclean ini telah mendapat status halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan turut diklasifikasikan sebagai disinfektan tahap tinggi (HDL).


Penyelidik dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam UMP, Prof Datuk Ts Dr Zularisam Ab Wahid berkata, sebagai disinfektan tahap tinggi yang bebas kandungan aldehyde dan alkohol, produk ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja operasi nyah cemar dan sanitasi awam.


 Dato’ Zakaria Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (kanan) bergambar bersama Penyelidik dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam UMP, Prof Datuk Ts Dr Zularisam Ab Wahid (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif PahangGo, Affandi Bin Mohd Isa di hadapan Kotak Nyah Kuman D’Perang.


Tambahnya, melalui kajian UMP ia mampu membunuh semua kumpulan keluarga koronavirus dengan berkesan yang secara alaminya bersifat enzootic, non-lipid atau yang hanya memerlukan tahap disinfeksi pertengahan (MLD).


YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail hari ini juga melalui kotak nyah kuman (D’Perang) ini sebelum beliau memasuki pejabat bagi menyelesaikan beberapa perkara.


SUMBER  -PAHANGMEDIA

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor