KUANTAN, 14 APRIL 2020 : Kerajaan Negeri Pahang akan
mengedarkan 100,000 keping topeng muka kepada sembilan kawasan titik panas di
daerah ini dalam masa terdekat.
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr.
Sallehuddin Ishak berkata Kerajaan Negeri telah menerima 200,000 keping topeng
muka yang disumbangkan oleh Alliance Steel (M) Sdn. Bhd hari ini.
“Sembilan kawasan panas ini adalah Taman Mahkota Aman, Taman
Mahkota Permai, Taman Indera Sempurna, Taman Sri Inderapura, Taman Pandan
Perdana, Indera Mahkota 2, Felda Bukit Goh, dan dua kawasan baharu di Jaya
Gading dan Balok.
“Bagi isi rumah yang mempunyai individu dibawah pemerhatian
(PUI), kita anggarkan ada kira-kira 1,200 orang setakat ini, jadi mereka akan
diberikan lebih topeng muka,” katanya.
Beliau menerima bekalan topeng muka daripada Ketua Pegawai
Teknologi Alliance Steel (M) Sdn. Bhd., Encik Steve Hu.
Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Yh.
Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim.
YB Setiausaha
Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak menunjuklan penutup
hidung dan mulut sumbangan Alliance Steel (M) Sdn. Bhd hari ini.
Beliau berkata setakat ini bekalan topeng muka di negeri ini
masih mencukupi untuk kegunaan semua pihak.
“Pihak Alliance Steel akan memberi tambahan 300,000 topeng
muka lagi pada peringkat kedua selepas ini dengan 10,000 daripadanya adalah
topeng muka jenis N95.
“Bekalan topeng muka di negeri ini masih mencukupi
berbanding bekalan PPE yang mana kita anggarkan penggunaannya adalah sebanyak
4,000 unit sehari,” katanya.
Beliau juga berharap pihak Taman Perindustrian
Malaysia-China Kuantan (MCKIP) dapat mengekalkan status kawasan hijau dalam
penularan wabak COVID-19 ini.
Sementara itu, Encik Steven Hu berkata tujuan pemberian
topeng muka kepada Kerajaan Negeri ini adalah sebagai tanda sokongan daripada
pihaknya kepada kerajaan Pahang dan penduduk setempat.
“Ia juga adalah sebagai tanggungjawab pihak kami bagi
memberi sokongan dan bantuan kepada pihak kerajaan dalam masa yang sukar ini,”
katanya.
SUMBER -PAHANGMEDIA
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor