DAMANSARA – Naib Ketua Pemuda UMNO negeri Selangor Amin Mohd
Shukor membidas portal Malaysiakini yang menyiarkan berita palsu (artikel
berkaitan telah dipadam) dikala negara sedang tertekan memerangi pandemik
COVID-19.
Justeru beliau mendesak agar Kementerian Dalam Negeri (KDN)
mengambil tindakan tegas terhadap portal berkenaan mandangkan ini bukan kali
pertama portal terbabit menyiarkan berita fitnah.
“Dalam keadaan kerajaan dan rakyat sedang berusaha keras
memerangi gejala fitnah yang semakin berleluasa, terang-terangan masih ada lagi
entiti yang sengaja bertindak menghuru-harakan keadaan dan mensensasikan
sesuatu yang tidak tepat.
“Semalam Malaysiakini melaporkan sesuatu yang sensasi tanpa
usul periksa. Maklumbalas dari pihak UPSI juga amat berbeza, dan dari segi
moral dan kesan akibatnya amat memudaratkan keharmonian Malaysia.
“Persoalan saya, kenapa sehingga kini KDN masih tidak berani
mengambil tindakan kepada pihak Malaysiakini yang kita tahu inilah antara agen
dan medium pemecah-belah keharmonian Malaysia,” ujar beliau.
Tambah Amin, apa yang dilakukan oleh Malaysiakini adalah
sesuatu yang tidak bertanggungjawab.
“Jika ingin dikatakan ini berkenaan kebebasan berkarya dan
bersuara… maaf, kebebasan bukan bermakna tiada batasan dan boleh menyebarkan
fitnah.
“KDN harus lebih bertegas agar ini akan menjadi pengajaran
kepada pihak lain. Bebas bukan bermaksud tiada undang-undang yang harus
dipatuhi,” tegas beliau.
Sementara itu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),
Tanjung Malim, menafikan dakwaan yang tular kononnya sekumpulan pelajar UPSI
mengadakan persembahan sewaktu lawatan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr
Noraini Ahmad ke universiti itu.
Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran,
berkata pada peringkat awal pihaknya ada merancang persembahan daripada
pelajar, namun ia dibatalkan atas nasihat Kementerian Kesihatan dan Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT).
“Maka hanya empat orang sahaja terdiri daripada kalangan
pengurusan tertinggi dan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar bertemu
Noraini di Pusat Pelajar, UPSI, selain empat pegawai KPT turut mengiringi
lawatan tersebut.
“Tidak berlaku sebarang persembahan seperti yang ditularkan
bahawa lebih 20 pelajar Fakulti Muzik dan Seni Persembahan hadir pada satu
majlis,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook UPSI.
Justeru, Mohammad Shatar berkata Presiden Persatuan Akademik
UPSI, Prof Madya Dr Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah dan Presiden Kesatuan
Pegawai Am UPSI, Saiful Lizan Mohd Lajis telah membuat laporan polis bagi
menyangkal dakwaan tersebut.
SUMBER – UMNO ONLINE
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor