Pages

Sunday, April 5, 2020

352 LAPORAN BERITA PALSU DITERIMA DI SELURUH NEGARA SETAKAT HARI INI




KUANTAN, 04 APRIL 2020 : Sebanyak 352 kes berita palsu diterima pihak Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis di seluruh negara setakat hari ini.


Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB. Dato’ Saifuddin Abdullah berkata jumlah berita palsu
yang diterima juga menunjukkan peningkatan sepanjang penularan wabak COVID-19.


“Kita sangat dukacita kerana ternampak semacam ada peningkatan berita palsu yang berlaku
sepanjang kes COVID-19 dan ini menyebabkan kita mengambil tindakan yang tegas.


“Ada dua pihak yang bertindak, yang pertama ialah SKMM, dan dari segi SKMM kita telah
membuka 48 kertas siasatan, kemudian ada 24 siasatan aktif, enam telah dituduh di
mahkamah, dan notis amaran telah diberi kepada lima pihak.


“Pihak polis dari segi kertas siasatan ada 136 kes, yang sedang dalam siasatan aktif ada 119 kes, 14
kes telah dituduh di mahkamah. Jadi keseluruhan kes yang dibuat oleh SKMM dan polis, adalah
kertas siasatan dibuka 184 kes, siasatan aktif 143 kes, 20 kes telah dituduh di mahkamah, lima
kes telah diberikan notis amaran,” katanya.


Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB. Dato’ Saifuddin Abdullah (tengah) bersama Ahli Dewan Negeri Beserah, YB. Andansura Rabu mengadakan sidang media peda program Lawatan Hub Simpanan & Penyampaian Sumbangan COVID-19 Parlimen Indera Mahkota di Kota                    Sultan Ahmad Shah (SAS) di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Lawatan Hub Simpanan & Penyampaian
Sumbangan COVID-19 Parlimen Indera Mahkota di Kota Sultan Ahmad Shah (SAS) di sini hari ini
yang turut dihadiri Ahli Dewan Negeri Beserah, YB. Andansura Rabu.


Beliau berkata penularan berita palsu ini bukanlah perkara yang baik kerana tidak membantu
pihak kerajaan dalam mengatasi masalah COVID-19 ini.


“Tindakan ini (penyebaran berita palsu) menyebabkan kita di SKMM menubuhkan pasukan
respon pantas yang pada setiap hari terpaksa menjawab atau menakan 
purata lima atau enam berita yang tersebar terutamanya dalam media sosial. 

Beliau berharap supaya orang ramai memberikan kerjasama dengan tidak menularkan perkara
yang tidak diketahui kesahihannya.


“Saya harap anggota masyarakat haruslah memberi kerjasama jangan forward benda-benda
yang kita tak tahu. Kalau kita sangsi, telefon hotline semua agensi kerajaan yang ada hotline
sekarang tanya betul-betul atau boleh saja lihat secara online.


“Aktiviti 1 melibatkan pemberian makanan kepada 300 pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) dan 200 petugas barisan hadapan; Aktiviti 2 adalah sumbangan barangan dapur
sebanyak 4,000 bungkus; Aktiviti 3, mengedarkan 500 unit pelindung muka (face shield)
kepada petugas barisan hadapan; dan Aktiviti 4, mengedarkan 1,000 unit topeng muka dan
pembersih tangan kepada petugas barisan hadapan.

“Aktiviti 5 pula kita memberikan bantuan berupa lampin pakai buang, susu dan lain-lain
barangan bayi kepada 1,000 penerima; Aktiviti 6, mengedarkan barangan keperluan peribadi
seperti tuala wanita, lampin pakai buang dewasa dan lain-lain kepada 1,000 penerima; dan
Aktiviti 7, menyediakan satu unit kedai ihsan daripada pemaju KotaSAS sebagai pusat operasi,”
katanya.


SUMBER – PAHANGMEDIA

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor