Pages

Monday, March 9, 2020

TAK TIPU TAK PH - 1 SEN PUN TAK KURANG, HUTANG MAKIN BERTAMBAH - NAJIB



KUALA LUMPUR, 9 Mac – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menempelak Pakatan Harapan (PH) yang tidak henti-henti membuat propaganda dan menipu rakyat.


“Tak tipu, tak PH,” bidasnya dalam satu hantaran di Facebook.


Ini kerana katanya, PH sedang menularkan propaganda menipu melalui aplikasi ‘WhatsApp’ di mana mereka mendakwa kononnya rejim Gagalkrasi PH berjaya mengurangkan hutang negara dari RM1 trilion ke bawah RM700 bilion.


“Saya bantu perbetulkan propaganda mereka.


“Sebenarnya, PH tak pernah mengurangkan 1 sen hutang negara kerana defisit-defisit dan perbelanjaan tahunan mereka adalah jauh lebih tinggi dari masa BN (Barisan Nasional),” bidasnya.


Sebaliknya, jelas Najib yang juga bekas Menteri Kewangan, kerajaan PH telah menaikkan hutang negara dari RM680 bilion ke RM820 bilion.


“Walaupun PH telah banyak menjual aset negara dan menjarah dana RM104 bilion dari Petronas,” tegasnya lagi.


Sebelum ini, dalam platform yang sama Najib kerap mendedahkan tindakan Menteri Kewangan PH Lim Guan Eng yang kerap menambah hutang negara di mana terbaharu sebelum runtuhnya kerajaan PH, Guan Eng telah meminjam RM22 bilion untuk tahun ini sahaja.


Untuk rekod, setelah PH mengambil alih tampuk pimpinan negara dari BN, mereka sering meracuni pemikiran rakyat dengan mewar-warkan kononnya hutang negara berjumlah RM1 trilion.


Tetapi, pada 18 Okt 2018, kira-kira lima bulan selepas memerintah negara, Perdana Menteri PH Tun Dr Mahathir Mohamad dalam laporan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) untuk 2016 sehingga 2020 yang dibentangnya di Dewan Rakyat membuktikan bahawa hutang negara sebenarnya hanyalah RM686.8 bilion.


SUMBER  – UMNO ONLINE

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor