Pages

Monday, March 9, 2020

PM UMUM SENARAI KABINET




KUALA LUMPUR, 9 Mac – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan barisan kabinet yang dilantik menerusi gandingan Perikatan Nasional (PN).


Jelas beliau, lantikan kabinet ini adalah citra baharu yang memenuhi aspirasi rakyat.


“Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai Perdana Menteri untuk membentuk sebuah kabinet yang mampu menyelesaikan permasalahan rakyat dan membawa negara kita ke mercu kejayaan yang lebih gemilang.


“Justeru, saya akan membentuk sebuah kabinet yang memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih berfokus dan berkesan, cekap, peduli rakyat, telus dan berintegriti dengan struktur yang lebih mantap. Barisan kabinet saya akan dianggotai oleh tokoh-tokoh politik yang berpengalaman, teknokrat dan individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.


“Untuk memastikan kabinet yang akan terbentuk adalah kabinet yang berintegriti, semua anggota kabinet ini telah melepasi tapisan oleh pihak SPRM dan PDRM. Saya juga akan memastikan kabinet saya adalah sebuah kabinet yang berfungsi (functional cabinet) serta dapat menyampaikan perkhidmatan yang lebih berfokus.


“Untuk itu, saya akan melantik empat orang Menteri Kanan (Senior Ministers) yang akan membantu saya menyelaras hal ehwal kabinet yang berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial. Pelantikan Menteri-Menteri Kanan ini akan membolehkan isu-isu berbangkit antara kementerian dalam bidang-bidang yang saya sebutkan tadi dapat diselaras dengan lebih cekap dan berkesan,” ujar beliau dalam sidang media mengumumkan barisan kabinet sebentar tadi.


Berikut adalah senarai barisan kabinet:

Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)


Menteri Kanan – Menteri Pertahanan
Ismail Sabri Yaakob
Ikhmal Hisham Abdul Aziz


Menteri Kewangan
Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri I: Abd Rahim Bakeri
Timbalan Menteri II: Mohd Shahar Abdullah


Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya
Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Dr Shahruddin Md Salleh


Menteri Kanan – Menteri Pendidikan
Dr Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri II: Muslimin Yahaya


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Arthur Joseph Kurup


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
Mohd Redzuan Md Yusof
Timbalan Menteri: Mastura Yazid


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)
Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri: Eddin Syazlee Shith


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: Ahmad Marzuk Shaary


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Hanifah Hajar Taib


Menteri Pengangkutan
Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Hasbi Habibollah


Menteri Alam Sekitar
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Menteri: Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)


Menteri Sumber Manusia
Saravanan Murugan
Timbalan Menteri: Awang Hashim


Menteri Wilayah Persekutuan
Annuar Musa
Timbalan Menteri: Dr Santhara Kumar


Menteri Wanita dan Keluarga
Rina Mohd Harun
Timbalan Menteri: Siti Zailah Mohd Yusoff


Menteri Pengajian Tinggi
Dr Noraini Ahmad
Timbalan Menteri: Dr Mansor Othman


Menteri Tenaga dan Sumber Asli
Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah
Timbalan Menteri: Ali Anak Biju


Menteri Dalam Negeri
Hamzah Bin Zainuddin
Timbalan Menteri I: Dr Ismail Mohamed Said
Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin


Menteri Kesihatan
Dr Adham Baba
Timbalan Menteri I: Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II: Aaron Ago Dagang


Menteri Pertanian dan Industri Makanan
Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II: Che Abdullah Mat Nawi


Menteri Pembangunan Luar Bandar
Dr Abd Latiff Ahmad
Timbalan Menteri I: Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II: Henry Sum Agong


Menteri Luar Negeri
Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri: Kamaruddin Jaffar


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: Rosol Wahid


Menteri Komunikasi dan Multimedia
Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri: Zahidi Zainul Abidin


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri: Ismail Abd Mutalib


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri: Ahmad Amzad Hashim


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: Mas Ermieyati Samsudin


Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali
Timbalan Menteri I: Dr Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: Willie Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
Nancy Shukri
Timbalan Menteri: Dr Jeffrey G Kitingan

Menteri Perpaduan Negara
Halimah Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: Tiong King Sing


Menteri Belia dan Sukan
Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai senator).



SUMBER – UMNO ONLINE

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor