KUANTAN - Kerajaan Pahang akan meneruskan lapan inisiatif
yang dianggar membabitkan jumlah keseluruhan RM14 juta bagi membantu rakyat di
negeri
Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,
inisiatif tersebut disifatkan saling melengkapi kepada usaha kerajaan
Persekutuan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang
diumumkan semalam.
"Pahang akan meneruskan usaha itu dan berharap rakyat
di Pahang akan terus akur kepada arahan yang dikeluarkan terutamanya mengenai
‘duduk di rumah’ selain mendoakan pandemik Covid-19 dapat diatasi
Insya-ALLAH," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum itu, Wan Rosdy berkata, Prihatin yang diumumkan
menitikberatkan beratkan rakyat dan inklusif meliputi keseluruhan rakyat
terkesan disebabkan Covid-19.
Jelasnya, kesemua rakyat tanpa mengira latar belakang kaum,
usia dan kerjaya yang terkesan dengan wabak pandemik mendapat manfaat daripada
Prihatin.
"Melalui peruntukan RM250 bilion yang daripadanya,
RM128 bilion sahaja ialah untuk melindungi kebajikan rakyat dan saya percaya ia
turut mencakupi rakyat negeri Pahang yang sama-sama terkesan dengan Covid-19,
serta tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.
SUMBER : SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor