Pages

Saturday, March 28, 2020

COVID-19: KEKAL DI RUMAH DIKIRA IBADAH – MUFTI PAHANG




KUANTAN: Umat Islam yang patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu sebagaimana yang diarahkan kerajaan dikira sebagai amal ibadah dan mendapat pahala.


Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, pelanggaran
terhadap perintah berkenaan boleh menyebabkan dosa kerana dianggap mengingkari perintah Allah dan Rasulullah SAW yang mahukan umat Islam patuh kepada pemimpin di dalam sesebuah negara

 “Sebagai umat Islam, adalah wajib untuk mematuhi perintah dan arahan yang dikuatkuasakan
oleh pemimpin sebaliknya melanggar perintah tersebut adalah bercanggah dengan syarak dan
jatuh haram hukumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang.


Tambahnya, rakyat perlu mematuhi setiap perintah daripada pemimpin selagi tidak menyalahi agama dan mengajak kepada maksiat.


Malah, keengganan mematuhi PKP juga akan mendatangkan hura-hara yang mengakibatkan masalah sehingga memudaratkan pelbagai pihak.


“Sebagai umat Islam, adalah wajib untuk mematuhi perintah dan arahan yang dikuatkuasakan oleh pemimpin sebaliknya melanggar perintah tersebut adalah bercanggah dengan syarak dan jatuh haram hukumnya,” katanya.


“Manfaatkan peluang bersama keluarga ini untuk saling mendidik dan tolong-menolong di dalam banyak perkara dalam menghidupkan peradaban yang baik di dalam masyarakat,’ katanya.


Justeru, Dato’ Sri Dr. Abdul Rahman berkata, usaha murni tersebut sangat digalakkan dalam Islam bagi membentuk akhlak yang murni dan prihatin terhadap jiran tetangga.


“Setiap musibah dan bala yang diturunkan Allah pasti mempunyai hikmah dan kebaikan kepada setiap umat Islam,” katanya.


SUMBER  -PAHANGMEDIA



No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor