PETALING JAYA: Kementerian Pelancongan Kesenian dan
Kebudayaan Malaysia (MoTAC) mengarahkan semua fasiliti awam jabatan dan agensi
di bawah kementerian itu ditutup sementara berkuat kuasa serta merta sehingga
30 April ini.
Dalam satu kenyataan hari ini Menteri Pelancongan, Kesenian
dan Kebudayaan, Nancy Shukri berkata, tindakan itu dibuat selepas mengambil kira
kepentingan kesihatan awam bagi menyekat penularan wabak Covid-19.
Beliau berkata, semua ketua jabatan dan agensi diarahkan
untuk menutup fasiliti awam di bawah seliaan masing-masing dan melakukan
disinfektasi di semua ruangan kunjungan terbabit.
Fasiliti kendalian jabatan dan agensi di bawah MoTAC adalah
Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN),
Jabatan Warisan Negara (JWN), Arkib Negara Malaysia (ANM), Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negara (JKKN), Istana Budaya dan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC).
“Selari dengan usaha dikendalikan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM), MoTAC menyeru semua pihak termasuk orang ramai untuk sama-sama
membantu dalam menyekat penularan wabak ini.
“Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati,” katanya.
SUMBER: FMT
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor