KUANTAN - Kerajaan Pahang membenarkan semua klinik swasta di
negeri ini beroperasi mengikut waktu biasa bermula hari ini.
Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak
berkata, arahan itu dibuat berdasarkan perkembangan semasa dan langkah untuk
mengurangkan kesesakan di Klinik Kesihatan (KK).
Menurutnya, justeru kerajaan bersetuju supaya Majlis
Perbandaran Kuantan, Majlis Perbandaran Temerloh, Majlis Perbandaran Bentong,
Majlis Daerah Pekan, Majlis Daerah Jerantut dan Majlis
Daerah Cameron Highlands membenarkan operasi itu.
"Arahan itu berkuatkuasa mulai hari ini sehingga 31 Mac
atau sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ditarik balik.
"Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah mengambil
maklum berkenaan pindaan itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari
ini.
Jelasnya, arahan itu akan diperluaskan berdasarkan
perkembangan semasa.
Kelmarin, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan
Ismail mengumumkan kerajaan Pahang mengetatkan larangan Perintah Kawalan
Pergerakan dengan menutup beberapa premis perniagaan bermula jam 7 malam di
lima daerah positif koronavirus (Covid-19) bermula semalam.
SUMBER: SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor