Datuk Sri Najib Razak menyeru dan berharap kerajaan baru PM8
akan mengkaji semula dan menambah baik pakej rangsangan ekonomi Malaysia dengan
secepat mungkin.
Dalam tulisan facebook beliau hari, Najib mendakwa “Apa yang
Guan Eng dan PH buat, jangan pakai sahaja kerana dia seorang akauntan yang
gagal dan terbukti gagal menjaga ekonomi selama 21 bulan mereka memerintah.”
Media antarabangsa melaporkan semalam bahawa indeks
pembuatan China telah jatuh ke paras paling rendah dalam sejarah.
Ini menunjukkan betapa seriusnya impak koronavirus kepada
ekonomi Malaysia kerana China merupakan sumber utama import/export/pelaburan
dan juga sumber pelancong utama Malaysia.
Syarikat penarafan antarabangsa Fitch juga bersependapat
dengan saya bahawa pakej rangsangan ekonomi yang dibuat Guan Eng dan diumum PM
ke-7i minggu lepas adalah tidak cukup berkesan untuk menyelemat ekonomi negara.
SUMBER : FACEBOOK NAJIB RAZAK
29 Feb 2020 Chinese manufacturing hits record low amid
coronavirus outbreak
https://www.bbc.com/news/business-51689178
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/02/28/fitch-solutions-says-stimulus-package-insufficient-for-economic-growth/1841882
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156778672640952
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor