KUANTAN - Seramai 22 individu termasuk dua remaja bawah
umur, dua warga asing dan seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di
sini hari ini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tertuduh berusia 18 hingga 48 tahun itu mengaku bersalah
atas kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit(Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan
Jangkitan) 2020 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau
penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sekitar Kuantan,
Gambang dan Indera Mahkota pada 21 hingga 29 Mac lalu.
Tertuduh diiringi anggota polis ketika dibawa untuk
mendengar sebutan kes di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Tertuduh diiringi anggota polis ketika dibawa untuk
mendengar sebutan kes di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha
Na'Ilah Harizan di hadapan Majistret Nurul Farahah Mohd Suah.
Semua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman
Kebangsaan, Nur Hafidza Baharudin.
Nurul Farahah menjatuhkan hukuman penjara tiga hari dan
denda RM300 terhadap dua tertuduh manakala tujuh yang lain, penjara dua hari
dan denda RM300.
Sementara itu, seorang individu dipenjara selama 14 hari
manakala sembilan lagi termasuk dua warga Bangladesh didenda antara RM200
hingga RM400.
Dalam prosiding sama, tiga remaja bawah umur yang turut
mengaku bersalah dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM500 sementara menunggu
tarikh sebutan laporan akhlak yang ditetapkan pada 5 Mei depan.
Tertuduh tiba di mahkamah kira-kira jam 9.20 pagi menaiki
dua kenderaan polis.
SUMBER: SINAR HARIAN, FACEBOOK
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor