KUANTAN - Kerajaan BN Negeri Pahang menafikan dakwaan
kanak-kanak orang asli dikerah bekerja di tapak pelupusan sampah di Bukit Ibam,
Rompin seperti video dan gambar yang ditularkan di sebuah portal berita
beberapa hari lalu.
.
Menteri Besar, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, hasil
siasatan yang dilakukan bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)
mendapati anak-anak orang asli itu mengikut ibu bapa mereka mencari tin, kertas
dan plastik terpakai untuk dijual dan dikitar semula.
.
Menurutnya, tidak timbul sebarang isu bahawa anak-anak itu
dikerah untuk bekerja atau menjadikan tapak pelupusan sampah sebagai taman
permainan mereka.
SUMBER : UMNO PAHANG,
- Sila Layari Laman Facebook Forum Pelaburan dan Festival
Pahang
https://www.facebook.com/Forum-Pelaburan-Dan-Festival-Pahang-2020-103106261268809/
.#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#PahangNegeriKu
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor