“Sekiranya kurang dari 50% ahli parlimen menyokong undi
percaya PAS , ia akan menjadi undi
tidak percaya dan bukan saja Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi seluruh kerajaan
Pakatan Harapan akan jatuh. Dan sekiranya kerajaan alternatif gagal ditubuhkan
maka parlimen akan bubar dan PRU 15
perlu diadakan. “ - MALAYSIA TODAY
Sementara itu, Malaysia Gazette melaporkan semalam, Perdana
Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak memahami mengapa Pas merancang untuk
membawa usul undi percaya terhadap kepimpinan beliau ke Dewan Rakyat bulan
depan.
“Saya tidak faham apa yang mereka cuba lakukan. Saya sudah
pun menjadi Perdana Menteri.
“Jika mereka memberi sokongan kepada saya, terima kasihlah,”
katanya sambil tersenyum ketika ditanya media mengenai isu tersebut.
Terdahulu, Dr. Mahathir menghadiri sesi dialog bersama Dewan
Perdagangan dan Industri Perancis (CCFIM).
Sabtu lalu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man dilaporkan berkata, PAS akan membawa usul undi percaya bagi menyokong
kepimpinan Mahathir semasa persidangan Dewan Rakyat bulan depan.
Usul tersebut adalah untuk memberi sokongan kepada
kepimpinan Perdana Menteri sehingga tamat penggal pada 2023.
Ia bertujuan menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara
kerana masih terdapat banyak isu yang belum selesai.
Dalam pada itu, UMNO sebagai rakan Muafakat Nasional tidak
menolak kemungkinan untuk menyokong usul yang dibawa PAS itu sekiranya ia boleh
memberi manfaat kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor