KUALA LUMPUR, –
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO bersetuju untuk menerus dan memperkasakan
Muafakat Nasional dengan mempertingkatkan gerak kerja bersama PAS terutamanya
dalam berhadapan dengan sebarang kemungkinan.
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa dalam satu
kenyataan media berkata, Majlis Kerja Tertinggi telah berbincang secara panjang
lebar berkenaan hala tuju dan pendekatan Muafakat Nasional dalam senario
politik yang tidak menentu ini demi memelihara kepentingan rakyat.
“Majlis Kerja Tertinggi merasa amat bimbang dengan kedudukan
orang Melayu, Kaum Bumiputera, Umat Islam dan rakyat keseluruhannya yang
semakin terhimpit berpunca dari kegagalan Pakatan Harapan.
“Maka dalam mesyuarat bulanan Majlis Kerja Tertinggi UMNO,
Presiden UMNO telah memberikan penjelasan terkini berhubung situasi politik
semasa malah Presiden juga telah memberikan pelbagai senario yang
berkemungkinan berlaku dan senario-senario tersebut telah dinilai secara
bersama dengan PAS dalam semangat Muafakat Nasional,” ujar beliau.
Justeru, Majlis Kerja Tertinggi UMNO berpuas hati dengan
penjelasan tersebut dan telah memberikan pandangan secara terbuka untuk
perhatian dan tindakan Presiden UMNO,” ujar beliau.
Sumber
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor