Sehari dua ini, agak gawat dengan polemik kononnya sebuah
pakatan baharu di namakan PAKATAN NASIONAL akan dibentuk melibatkan parti
pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (PPBM) dan beberapa parti
lain termasuk PAS dan UMNO (Muafakat Nasional).
Hairannya dari mana datangnya nama ini?idea siapa?
Besar kemungkinan polemik ini sebenarnya berpunca dari
berlakunya beberapa “perbincangan” tertutup di kalangan UMNO khususnya
menjelang mesyuarat bulanan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) esok,Jumaat 7/2/20 jam
3.00ptg
Sebenarnya memang pernah ada diskusi tapi segala
“perbincangan” ini masih bersifat “brainstorms”dan dianggap di peringkat AWAL
DAN SPEKULATIF,SATU PERSIAPAN MENGHADAPI KEBARANGKALIAN.
Selagi mana PAKATAN HARAPAN (PH) kekal sebagai satu “coalition”
yang telah pun berjaya membentuk kerajaan berikutan mandat yang diberikan
rakyat pada PRU 14 lalu,Selama itulah teori-teori PAKATAN NASIONAL ini hanyalah
satu teka-teki dan polimik politik.
Segala ura-ura pembentukan kerajaan lain selain PH, tidak ada
asas sama sekali KECUALI DAN HANYA APABILA “PH GAGAL UNTUK KEKAL SEBAGAI SATU
GABUNGAN”5 parti politik yang bersatu (PPBM, PKR, DAP, PAN DAN WARISAN..)
melainkan PERDANA MENTERI SEMEMANGNYA MEMPUNYAI RANCANGAN LAIN SETELAH MELIHAT
PH GAGAL ATAU ANGGOTANYA MENIMBULKAN MUDARAT KEPADA KEPENTINGAN NASIONAL
saperti yg pernah di sebut beliau satu ketika dulu,yaitu beliau tidak teragak
agak meninggalkan PH kalau ahlinya bertindak bertentangan dgn kepentingan
nasional.Wallahuaklam
Sehingga saat itu, segala ura-ura, cakap-cakap dan polemik
adalah pra matang.
Situasi sama ada PH kekal sebagai satu entiti yang bersatu
dan memerintah,atau Sebaliknya banyak bergantung kepada PERDANA MENTERI itu
sendiri.Bukan nya sesuatu yg di tentukan blok pembangkang.
Ini kerana menurut Perlembagaan Persekutuan seorang PM yang
telah mengangkat sumpah memegang jawatan, BERHAK MEMBENTUK KABINETNYA DAN TERUS
MENTADBIR selagi beliau, pada hemat DYMM SPB YDPA, mempunyai sokongan majoriti
AHLI DEWAN RAKYAT(ADR).
Dalam kes ini,saya percaya Tun Dr Mahathir masih mempunyai
mandat dan sokongan yang cukup untuk meneruskan tugasnya.
Isunya mungkin berkait proses PERALIHAN KUASA yang
disebut-sebut ketika ini daripada PM7 kepada bakal PM8, Datuk Seri Anwar
Ibrahim (DSAI).
Walaupun PH ada rancangan menggantikan Tun Dr Mahathir
dengan DSAI, perkara itu sebenarnya tidak boleh dilakukan MELAINKAN TERTAKLUK
KEPADA KEPERLUAN SYARAT DALAM PERLEMBAGAAN, iaitu DSAI memerlukan sokongan yang
mencukupi dari ahli Dewan Rakyat.
Masalahnya sekarang, dikhuatiri DSAI TIDAK MEMPUNYAI
BILANGAN YANG CUKUP untuk menggantikan Tun Dr Mahathir!
Ini secara automatik bermaksud Dr Mahathir perlu meneruskan
tugasnya sebagai Perdana Menteri.
Sekiranya PM pula kehilangan sokongan daripada PH, ia tetap
kekal sebagai PM sekiranya cukup bilangan MP dari blok pembangkang menyokong
beliau bersama 25 AHLI DEWAN RAKYAT (ADR) PPBM DAN BEBERAPA ORANG ADR DARI
FRAKSI PKR-AA.
Agaknya Dari situlah timbulnya isu KEMUNGKINAN WUJUD SATU
MUAFAKAT ATAU COALITION YANG BAHARU.
Saya fikir,hal ini hanya perlu di bincang BILA ujud situasi
sedemikian.
Sebaliknya banyak polemik sehari dua ini berlegar dalam
sentimen MARAH KEPADA TUN DR MAHATHIR. Ini boleh difahami,kerana popularity TM
memang menurun,muttakhir ini,namun isu sebenar BUKANLAH ISU MANA-MANA
PERSONALITI.
Yang lebih penting terutama bagi UMNO dan PAS(MN)serta
mungkin lain lain parti juga ialah sejauh mana kerajaan berkemampuan mengurus
tadbir negara atau mereka(Kjaan PH)terjebak dalam dasar dan tindakan yang tidak
boleh diterima oleh rakyat,khususnya peranan DAP yang ternyata banyak
merosakkan kepentingan nasional dan sangat tidak di senangi rakyat.
Saya berpendapat,UMNO dan PAS atas kebersamaan MN boleh membuat
ketetapan jika benar benar ada keperluan dan BILA TIBA MASANYA NANTI. UMNO dan
PAS sudahpun beberapa kali berbincang perkara ini. Bagi kita MUAFAKAT NASIONAL
itu amat penting dan sangat di harapkan oleh rakyat. Walaupun Pas sudah
menyatakan sokongan ADR mereka utk Tun Dr Mahathir mengekalkan tugasnya
sehingga tamat penggal, UMNO sendiri belum memuktamadkan pendiriannya SEHINGGA
WUJUD KEADAAN YANG MEMERLUKAN UMNO/BN MEMBUAT KEPUTUSAN.
Yang pasti pendirian tegas UMNO ialah tidak akan menyokong
atau berkerjasama dgn sesiapa sekalipun yang bersama nya ada DAP,dan apa apa
keputusan UMNO mestilah EN BLOC.
Sekiranya tiada DAP, baharulah UMNO akan mengkaji,itu pun
mestilah cermat,berhati hati dan tertakluk kepada syarat dan terma
tertentu.TIADA BLANK CHEQUE DARI UMNO..
Sebuah coalition yang baharu,dengan dasar yang baharu sesuai
dengan aspirasi BN/MN,tidak mustahil.Ia bukan pintu belakang sebuah kerajaan
sedia ada.Harus pintu depan di rumah baru.
Perkara inilah yang sememangnya masih BOLEH DAN SEDANG DIBINCANGKAN.
HANYA Presiden UMNO telah diberi mandat untuk berunding,jika
ada keperluan,NAMUN HANYA MKT YANG BOLEH MEMBUAT KEPUTUSAN.
MKT UMNO harus menunggu laporan dan update dari Presiden
terlebih dahulu,kemudian bincanglah semasak masaknya dgn berhemat dan penuh
kebijaksanaan.
UMNO sudah punya byk pengelaman membincang dan memutuskan
isu besar tanpa sebarang masaalah
CUMA,USAHLAH SEBELUM DUDUK, SUDAH BERLUNJUR..
WALAU BERDENTUM GURUH DI LANGIT, AIR DI TEMPAYAN USAH DI
CURAHKAN!!!
Tan Sri Annuar Musa
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor