Pages

Monday, February 3, 2020

TRANSGENDER KERJA UMRAH CARA WANITA ? : MUJAHID PERLU JAWAB SEGERA –SHAHAR





KUALA LUMPUR, 3 Feb – Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah menggesa agar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa memberikan kenyataan berkaitan golongan transgender mengerjakan umrah dengan cara wanita.


“Semalam, kecoh di media sosial apabila ada golongan transgender memuat naik videonya yang kini berada di tanah suci.  Dan kita juga dapat lihat golongan transgender tanpa segan silu memakai telekung wanita untuk mengerjakan ibadah.


“Persoalannya, agensi umrah mana yang membawa mereka ke sana dan bagaimana boleh terlepas. Adakah sudah pastikan jantina mereka untuk mengerjakan ibadah umrah dengan cara wanita (pada mata kasar boleh ada keraguan mengenai jantina mereka).


“Tidak adakah SOP untuk agensi yang menguruskan umrah terhadap perkara ini. Apa tindakan pihak berkuasa agama terhadap mereka selepas mereka pulang ke tanah air,” katanya menerusi catatan di facebook.


Beliau seterusnya melahirkan kebimbangan perkara tersebut  akan menjadi ikutan golongan berkenaan untuk meraih populariti dan menggunakan agama untuk meraih perhatian orang ramai.


Malah tambah beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO, perkara tersebut  jelas bertentangan dengan status Malaysia sebagai negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.


“Bayangkan apalah agaknya tindakan yang akan dikenakan sekiranya pihak Arab Saudi ambil maklum kita membenarkan golongan transgender untuk mengerjakan umrah dengan cara wanita. Ia boleh mencemarkan aurat dan maruah Jemaah umrah dari negara lain!


“Saya menggesa Datuk Seri  Dr. Mujahid selaku Menteri yang bertanggungjawab soal agama dapat memberi kenyataan berkenaan terhadap perkara ini segera. Kedaulatan agama Islam di Malaysia mesti dipelihara,” tegasnya. 


Sumber



No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor