KUANTAN - Kerajaan BN Pahang menyasarkan lebih ramai
kedatangan pelancong Amerika Selatan dan Russia berikutan penularan coronavirus
yang dijangka memberi kesan ke atas bilangan pelancong China ke negeri itu.
.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan
Perladangan negeri, Dato Sri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, kerajaan negeri
akan meneroka pasaran baharu pelancongan dari negara berkenaan bagi mengisi
jurang yang ditinggalkan pelancong China.
.
Beliau berkata, mengikut statistik, seramai 1 juta pelancong
dari China berkunjung ke negeri itu setahun dan oenularan coronavirus itu
menyebabkan berlaku pembatalan tempahan membabitkan pelancong dari negara
berkenaan.
.
“Kita menjangkakan perkara ini akan berlaku dalam masa
sebulan dua, sebelum kita dapat mencari keseimbangan dengan kehadiran pelancong
negara lain.
.
“Berdasarkan kajian, pelancong Amerika Selatan dan Russia
lebih gemarkan kepada aktiviti dan menginap dalam beberapa hari apabila
berkunjung ke Pahang.
.
“Kita harapkan dengan mempertingkatkan promosi pelancongan
ini, Pahang akan dapat menarik lebih ramai pelancong dan tidak terlalu
bergantung kepada pelancong China,” katanya pada sidang media Pertandingan
Video Pendek Pelancongan Pahang 2020 di pejabat Tourism Pahang.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor