PETALING JAYA: Speaker dewan Rakyat mengumumkan tiada
mesyuarat khas Dewan Rakyat pada 2 Mac ini.
Mohamad Ariff Md Yusof dalam kenyataan hari ini mengesahkan
ada menerima surat pemakluman memanggil mesyuarat khas Dewan Rakyat yang
ditandatangani perdana menteri sementara Dr Mahathir Mohamad, namun surat
berkenaan tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11(3).
“Oleh kerana tidak disusuli dengan pemberitahuan usul yang
lengkap,” katanya.
Ariff juga berpandangan keperluan untuk mengadakan mesyuarat
khas Dewan Rakyat akan dibuat “selepas mendapat pemakluman titah rasmi daripada
Agong” berhubung proses pemilihan perdana menteri.
“Oleh yang demikian, saya memutuskan tiada mesyuarat khas
Dewan Rakyat pada Isnin,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri Sementara, Dr Mahathir Mohamad
berkata perdana menteri seterusnya mungkin perlu ditentukan pada sidang Dewan
Rakyat bulan depan, kerana selepas para ahli Parlimen ditemubual, Agong
mendapati tiada siapa mempunyai majoriti ketara untuk menubuhkan kerajaan baru.
Majlis Raja-raja mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara
hari ini.
SUMBER : FMT
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor