MASJID TANAH 29 Feb – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, perakuan bersumpah (SD) UMNO
Melaka sudah lengkap dan akan dipersembahkan kepada Yang Dipertua Negeri
Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dalam masa terdekat.
Jelasnya beliau, dengan jumlah SD itu beliau yakin UMNO
boleh menubuhkan kerajaan di negeri itu.
“Tunggu dan lihat, yang pastinya kita tidak mahu seperti
negeri lain yang telah berubah kepada pemerintahan kerajaan perikatan nasional.
“SD UMNO ketika ini sudah lengkap dan menunggu masa yang
sesuai,” ujar beliau dalam satu sidang media yang diadakan di kediamannya
Jumaat malam.
Tambah Ab Rauf, UMNO Melaka sentiasa membuka pintu kerjasama
dengan parti lain bagi bersama-sama mentadbir negeri tersebut.
Ketika ditanya adakah dibincang berkaitan nama calon Ketua
Menteri Melaka yang baharu, Ab Rauf menjelaskan kesemua 13 Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) UMNO dan Barisan Nasional (BN) semenangnya layak bagi jawatan
itu.
Namun begitu, beliau akan bertemu bersama pucuk pimpinan
pusat bagi menentukan calon yang terbaik untuk diangkat sebagai Ketua Menteri
jika perubahan pemerintahan negeri itu berlaku.
Hadir sama dalam mesyuarat itu, ADUN Sungai Udang, Datuk
Seri Ir Idris Haron serta semua peringkat pimpinan UMNO negeri.
SUMBER – UMNO ONLINE
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor