Pages

Monday, February 10, 2020

SKUAD SABIL CITRA KEBANGKITAN KEMBALI UMNO – DR ASYRAF




BENTONG – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Skuad Sabil merupakan satu citra kebangkitan kembali setelah UMNO tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.


Jelasnya, selepas PRU lalu, Pemuda UMNO mula kembali kepada akarnya iaitu ‘back to basic’.


“Terdapat dua perkara iaitu Skuad Sabil harus menekankan dan menjadi benteng utama dalam parti dan menjadi ‘walak’, setia berkorban, berkhidmat dan bersatu serta yang kedua adalah kepercayaan.


“Bermula dengan nilai pengorbanan dan semangat perjuangan yang tinggi, diuji dan hari ini bangkit kembali dengan nilai pengorbanan, perjuangan yang bakal menggoncang negara pada suatu hari.”


Katanya, UMNO sentiasa diuji termasuk salam keadaan menjadi pembangkang kerana orang cemburu dan iri hati melihat kejayaan parti keramat UMNO.


“Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah, sebab parti ini ada maruah dan kita letakkan kepercayaan kepada pimpinan,” tegasnya.


Dalam masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa Pergerakan Pemuda Johor adalah yang teramai menjadi anggota Skuad Sabil.


Katanya, walaupun ini baru siri keenam yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO, namun akar umbi menerima Skuad Sabil ini dengan terbuka dan semangat yang ada sangat menggagumkan.


“Kita tidak pernah menjangkakan Skuad Sabil akan sampai ke tahap ini dan cabaran yang diberikan oleh Presiden UMNO yang mahukan mencapai sebanyak dua ribu peserta tetapi tidak sampai siri ketujuh Skuad Sabil telah mencapai matlamat keanggotannya sebanyak 2,104 anggota.


“Skuad Sabil adalah satu matlamat yang sangat besar dan cukup tulus dengan citra untuk kembali memerintah negara,” katanya semasa majlis Penutup Kursus Latihan Asas Skuad Sabil Siri 6, di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU).


Turut hadir Setiausaha Agung UMNO (SUA) Tan Sri Annuar Musa.



Sumber

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor