Pages

Monday, February 10, 2020

PERMUKIMAN BERSEJARAH UMNO, PAS DUA MINGGU LAGI






Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Jawatankuasa Pusat Pas buat kali pertama dalam sejarah akan mengadakan pemukiman bersama di Janda Baik dua minggu lagi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.
Menurut beliau, semua Ahli Parlimen UMNO dan Pas juga akan menyertainya.

“Ini menggambarkan iltizam Muafakat Nasional yang cukup tinggi,” katanya.

Kenyataan itu mengukuhkan kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Bung Moktar Radin yang memaklumkan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung selama empat jam baru-baru ini hanya membincangkan langkah memperkukuhkan Muafakat Nasional antara Barisan Nasional dan Pas untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU15).

Katanya, mesyuarat itu tidak membincangkan mengenai Pakatan Nasional.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor