SEREMBAN, 15 Feb – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad
Hassan berkata, rakyat perlu bangkit dan bersuara bagi menentang kerajaan yang
mendatangkan kemudaratan.
Jelas beliau, kemudaratan yang sedang menghimpit rakyat kini
adalah kerana kerajaan ‘Pakatan Dap’ yang gagal mentadbir negara.
“Negara ini ditadbir oleh pakatan Dap sebab Dap adalah
‘master mind’ kerajaan hari ini dan kemudaratan yang kita hadapi sekarang ini
tidak kira Melayu, Cina, Iban atau Bidayuh… hari ini rakyat rasa terhimpit
sebab masalah keadaan ekonomi negara amat tidak baik.
“Yang mentdbir kewangan negara pula betul-betul main wayang.
Dulu saya ingat dia bagus tapi rupa-rupanya paling ‘bangang’.
“Tidak sampai dua tahun tadbir negara, hutang rasmi negara
sudah lebih RM100 bilion. Barisan Nasional (BN) 62 tahun tadbir negara hutang
hanya RM686 bilion, dia belum dua tahun sudah jadi RM800 bilion… memang tidak
tahu tadbir negara… sudahlah ‘bodoh’, ‘sombong’ pula tu,” ujar beliau ketika
berucap dalam program Muafakat Nasional peringkat Parlimen Seremban, di sini
Jumaat malam.
Tambah Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mat,
tidak cukup dengan menambah hutang negara, lebih RM80 bilion duit Petronas pula
diambil dan ini tidak pernah berlaku dulu.
“Sudahlah duit Petronas diambil, harta negara pula dijual
lebih RM40 bilion tanpa tander.
“Baru-baru ini saya betul-betul sakit hati. Dividen Tabung
Haji rendah sebab katanya rugi, dulu zaman BN dividen Tabung Haji tinggi
dikatanya Tabung Haji silap.
“Harta Tabung Haji diambil bgitu sahaja. Dia ambil waktu
pasaran saham merudum. Tidak cukup dengan itu, Tabung Haji Plantation pula
dijual. Soalan saya, kenapa jual aset waktu harga sawit merudum? Jadi kita
patut marah, kita perlu bangkit pertahankan hak kita,” ujar beliau lagi.
Justeru, Tok Mat mengingatkan agar rakyat jangan lagi
terpengaruh walaupun ditawarkan dengan pelbagai tawaran baru.
“Jangan nanti dia janji bagi BSH RM3 ribu terus lupa semua.
Ingat, jangan kita jual maruah diri, bangsa, agama dan tanah air… kita kena
pertahankan,” tegas beliau.
SUMBER – UMNO ONLINE
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor