KUALA LUMPUR, 18 Feb – “Wahai Kekandaku YB (Yang Berhormat)
Dr Mujahid Yusof Rawa, sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas Tabung
Haji (TH) sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 10 Akta Tabung Haji
1995, tampillah secara bermaruah untuk memperjelaskan isu yang menyentuh Tabung
Haji.”
Demikian penegasan yang dibuat oleh Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kepada Mujahid selaku Menteri Di
Jabatan Perdana Menteri yang kini bergantung pula kepada blogger mahupun tentera
cyber upahan untuk menjawab bagi pihak TH mahupun dirinya sendiri dalam hal
berkaitan TH.
“Rakyat terutamanya 9.4 juta pendeposit TH berhak mengetahui
kedudukan sebenar TH dan isu-isu berkaitan dengan pemberhentian operasi
hotel-hotel TH dan banyak lagi isu termasuk jualan lambak aset-aset dan
hartanah TH.
“Jika benar sekalipun alasan blogger upahan bahawa penjualan
aset-aset dan hartanah TH secara lambak berpunca daripada ‘skandal dan
penyelewengan’, maka janganlah takut untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan
diraja (RCI) sebagaimana janji 100 hari manifesto Pakatan Harapan (PH).
“Lagipun sehingga hari ini selepas hampir dua tahun
pemerintahan PH, tiada satupun individu yang didakwa berkaitan TH,” tegas Dr
Asyraf dalam satu lontaran di Facebook.
Berhubung dengan penutupan empat hotel TH bermula 1 April
nanti, Mujahid mengemukakan jawapan di Facebooknya dengan memaut pautan dari
sebuah blog, ironinya tanpa dinamakan penulis dan di media sosialnya itu pula
di bahagian komen dinyahaktif kepada umum.
Untuk rekod-rekod, hotel-hotel TH tersebut adalah seperti di
Alor Setar, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu.
Justeru Dr Asyraf sekali lagi mempelawa Mujahid untuk kita
berdialog secara ilmiah berkaitan isu-isu skandal TH sebagaimana yang didakwa.
“Janganlah pula hantar Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (LKIM) untuk mencabar saya berdebat.
“Ini perkara serius melibatkan hal ehwal TH bukannya
berkaitan hal ehwal pengurusan ikan,” bidasnya lagi.
SUMBER – UMNO ONLINE
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor