FACEBOOK Gabungan Kuasa Rakyat mendakwa telah telah
bermesyuarat dengan OCPD Dang Wangi dan pegawai-pegawai beliau berserta wakil
dari DBKL dan Sogo dan diberi kebenaran
Admin facebook Gabungan Kuasa Rakyat menjangkakan Himpunan
220220 akan mendapat sambutan luar biasa, pihak berkuasa telah memberikan
kebenaran untuk Himpunan 220220 diadakan dengan syarat lokasi dipindahkan ke
Jalan Raja Dataran Merdeka.
“Dengan berbesar hati ingin mengumumkan Himpunan 220220 akan
berpindah ke lokasi yang lebih ikonik dan selesa iaitu Jalan Raja Dataran
Merdeka. Waktu adalah sama iaitu dari 2.00 petang ke 5.00 petang. Maka
berlapang dadalah untuk hadir Himpunan 220220 pada hari Sabtu ini 22.02.20.”
“Jika anda ingin membeli t-shirt Kuasa Rakyat yang sangat
terhad (200 Helai Sahaja) boleh klik pautan di bawah. Atau pakailah apa-apa
yang sopan untuk Himpunan 220220 ini. Jangan lupa kita semua adalah Kuasa
Rakyat dan Kuasa Rakyat adalah kita semua.”
SUMBER: (7) Kuasa
Rakyat - Posts
https://www.facebook.com/pg/GabunganKuasaRakyat/posts/?ref=page_internal
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor