KUANTAN - Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang
memutuskan tambahan masa lapan minit bagi permulaan waktu subuh di negeri ini.
Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Syed Ahmad
Fuad Syed Taha berkata, pelaksanaan perubahan itu hanya melibatkan waktu solat
Subuh sahaja dan berkuatkuasa serta merta.
Menurutnya, perubahan waktu solat subuh itu membabitkan
semua daerah negeri Pahang.
Melalui surat rasmi berhubung perkara itu, semua Kadi Daerah diminta memberi penerangan dan makluman di masjid dan
surau di bawah pentadbiran masing-masing.
Sebelum ini, Selangor dan Wilayah Persekutuan telah
melaksanakan perubahan waktu solat Subuh sepertimana yang diputuskan oleh
Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam
Malaysia (MKI) ke-116.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor