Pages

Wednesday, December 11, 2019

PELAKSANAAN SUBSIDI PETROL (PSP) JANUARI DEPAN DIJANGKA BERI IMPAK KEPADA PERUBAHAN HARGA BARANG





KUANTAN: Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Mohd Suffian Mohd Abass berkata, pelaksanaan Subsidi Petrol (PSP) bermula Januari depan dijangka memberi impak tidak langsung ke atas perubahan harga barangan di negeri Pahang.


Sehubungan itu katanya, Ops Catut (PSP) 6.0 dilaksanakan bagi menangani aktiviti pencatutan dan manipulasi harga secara tidak terkawal.


"Kementerian sedar harga barangan di pasaran kini mengalami kenaikan dan penurunan kesan faktor penawaran, persaingan, cuaca, peningkatan kos, termasuk harga bahan mentah dan kadar upah, pengaruh pengeluar asal dan sebagainya.


"Pelaksanaan PSP juga dijangka memberi impak. Jadi operasi ini melibatkan semua rantaian pembekalan dan pengedaran barangan di peringkat pengilang, pemasaran am, pengedar, pemborong dan peruncit.


Ops Catut 6.0 dijalankan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Harga Dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.



SUMBER :

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor