JERANTUT/MARAN: Kehadiran pimpinan PAS Kawasan Jerantut ke
majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jerantut menarik perhatian
para perwakilan, di sini hari ini.
Ini kerana buah tangan yang dibawa untuk Menteri Besar,
Dato' Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Umno Jerantut, Dato' Nazri Ngah
adalah berupa naskhah akhbar Harakah.
Rombongan PAS diketuai oleh Adun Damak, Ustaz Zuridan Mohd
Daud selaku Timbalan Yang DiPertua PAS Jerantut merangkap Ketua Dewan Ulamak
PAS Negeri Pahang.
Turut hadir Adun Tahan, Ustaz Mohd Zakhwan Badarddin yang
juga Naib Yang DiPertua PAS Jerantut dan Ketua Pemuda PAS Pahang.
Menteri Besar jelas kelihatan gembira dan teruja menerima cenderamata
berupa akhbar rasmi PAS itu yang turut diedar pimpinan PAS kepada pihak Umno
sempena majlis tersebut.
Di MARAN, Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno
Bahagian Maran turut dihadiri oleh barisan pimpinan PAS Kawasan berkenaan
diketuai Naib Yang DiPertua PAS Maran, Ustaz Mujibur Rahman Ishak.
Beliau yang juga merupakan Adun Chenor telah bersama para
tetamu lain antaranya Adun Luit, Sufian Abd Jalil dan Ahli-ahli Jawatankuasa
PAS Maran terdiri dari Mohd Nasir Taib, Shamsuri Husein, Fazil Azmi Nadzri dan
Mahadi Mahmud.
Hubungan akrab kedua pihak ini menjadi isyarat jelas ke arah
menjayakan misi ta'awun yang diusahakan antara kedua-dua parti politik terbesar
orang Melayu dan Islam itu.
SUMBER:
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor