Pages

Saturday, June 1, 2019

CADANGAN LALUAN ALTERNATIF BENTONG-KB





Peningkatan aliran trafik di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri dijangka berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini yang mana pengguna dinasihatkan agar merancang perjalanan serta menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan.

Sebagai panduan mengurangkan kesesakan lalu lintas, Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi laman Facebooknya mencadangkan laluan alternatif bertujuan melancarkan pergerakan trafik di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri.

Di negeri ini, panduan jalan alternatif itu melibatkan dari Bentong melalui Raub ke Kota Bharu, Kelantan dan dari persimpangan Plaza Tol Bentong (Lebuhraya Kuala Lumpur (KL)-Karak) melalui Kuala Lipis ke Kota Bharu.

Berdasarkan lakaran jalan alternatif yang dikeluarkan itu, bagi Jalan Negeri, pengguna dicadangkan mengambil laluan dari Bentong memasuki Bandar Raub ke Cheroh-Batu Malim seterusnya Jalan Cheroh-Gesong sebelum membelok ke kiri menuju Kota Bharu.

Dari Bentong, pengguna juga boleh memasuki Bandar Raub dan melalui Jalan Bukit Koman menuju ke Kota Bharu.



Dalam pada itu, antara laluan alternatif yang dicadangkan dari persimpangan Plaza Tol Bentong melalui Kuala Lipis ke Kota Bharu ialah menggunakan Lebuh Raya KL-Karak dari Kuala Lumpur sebelum memasuki nombor laluan 1498 melalui Kampung Chinta Manis menuju ke Felda Mempaga Jaya.

Selepas Felda berkenaan, pengguna dicadangkan membelok ke kanan menggunakan laluan bernombor 1496 sebelum membelok ke Kampung Sungai Ruan seterusnya membelok ke kanan menuju ke Kota Bharu.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor