Pages

Sunday, April 14, 2019

TAHNIAH BN... KEMENANGAN MANIS YANG DIJANGKAKAN





Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh pendukung calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, hari ini.

Katanya, sekalipun kemenangan manis ini sudah dijangkakan, ia tidak pernah melalaikan semua pihak.
“Saya secara peribadi dan keseluruhan pasukan BN serta PAS merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran atas kemenangan Tok Mat dalam PRK Rantau.

“Kesemua jentera parti, para pendukung BN dan PAS dan rakyat semua kaum setempat telah bekerja keras bagi membantu calon pilihan ramai Datuk Seri Mohamad Hasan,” ujarnya dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, kemenangan ini secara khusus membuktikan beberapa perkara penting iaitu:

Pertama, jelaslah betapa jasa yang baik akan terus dikenang dan diingati oleh rakyat tanpa perlu dipaksa-paksa dan dimomokkan dengan ancaman fitnah dan taktik kotor yang menyerang peribadi.

Kedua, kerjasama UMNO-PAS adalah satu gelombang masyarakat yang membesar secara organik dan jujur. Perkara ini sekali gus membenarkan ketakutan serta kebimbangan tentang kebangkitan masyarakat seperti yang dizahirkan oleh parti-parti dalam Pakatan Harapan khususnya Dap.

Ketiga, masyarakat nampaknya mahu terus memberikan isyarat keras kepada Kerajaan. Bahawa, biar apa pun alasan yang digunakan untuk membalut kesilapan dasar dan keputusan mereka yang tidak menyebelahi rakyat, rakyat akhirnya boleh berfikir dengan matang dan menilai secara adil akan kegagalan Pakatan Harapan.

Keempat, kemenangan ini adalah satu amanah yang besar kepada BN dan PAS. Blok pembangkang harus terus bekerja keras untuk menyantuni dan membantu masyarakat yang saban hari dikecewakan oleh kerajaan semasa.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor