Kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau suatu mesej bahawa Pakatan Harapan (PH) telah ditolak oleh pengundi-pengundi yang merasakan mereka telah tersalah sokong pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Tok Mat telah memperoleh 10,397 undi menewaskan calon PH yang diwakili dari parti PKR, Dr S Streram memperoleh 5,887 undi manakala calon Bebas R. Malar Vizhi 83 undi dan Mohd Nor Yasin 79 undi.
“Tok Mat juga ADUN paling sesuai untuk rakyat Rantau biarpun mereka berisiko mengundi calon pembangkang,” katanya dalam kenyataan malam ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor