Cameron Highlands, 3.4.2019 : Kerajaan Pahang perlu tegas
dalam tindakan penguatkuasaan ke atas tanah di Cameron Highlands khususnya di
kawasan tadahan air Terla sejak 25 Februari lepas.
Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata permintaan
para pekebun kecil berkenaan tidak dapat dilayani, demi memelihara alam sekitar
daripada tercemar seterusnya bagi menjamin bekalan air terawat yang berterusan
untuk keperluan kira-kira 70 peratus penduduk Cameron Highlands
Dato’ Sri Wan Rosdy berkata demikian sebagai reaksi kepada
permintaan Persatuan Pekebun-pekebun Kecil Kuala Terla Cameron Highlands agar
Kerajaan Negeri tidak meneruskan fasa kedua kerja-kerja penguatkuasaan
berkenaan, yang dijangka bermula pada 1 April.
Dato’ Sri Wan Rosdy menegaskan bahawa, tindakan
penguatkuasaan berkenaan ialah ekoran pekebun-pekebun terbabit telah
mengerjakan kebun-kebun tersebut di dalam kawasan tadahan air Terla hingga
mencemarkan air Sungai Ichat di situ.
Oleh kerana pencemaran tersebutlah maka Loji Rawatan Air
(LRA) yang dibina dan beroperasi sejak 2007 yang sepatutnya memperolehi sumber
air mentahnya dari kedua-dua Sungai Ichat dan Sungai Terla yang berhampiran,
terpaksa bergantung kepada Sungai Terla sahaja.
Pencemaran di Sungai Ichat terutamanya – pada satu bahagian
sepanjang kira-kira 200 meter telah berlaku pencerobohan melampaui zon penampan
di kedua-dua belah tebingnya; yang telah dilaporkan sendiri oleh Jabatan Alam
Sekitar (JAS) serta Jabatan Parit dan Saliran (JPS).
Sumber dari Jabatan Alam Sekitar Cameron Highlands dalam
kenyataannya memaklumkan:
1. Sungai Ichat merupakan anak sungai yang mengalir ke dalam
Sungai Terla.Tedapat lebih kurang 60 buah kebun dalam kawasan seluas 60 ekar di
sekitar Sungai Ichat telah dikenalpasti.
2. Sunggai Ichat akan mengalir masuk ke Sungai Terla (
downstream water intake Terla ) dan seterusnya akan masuk ke Sungai Telom
sebelum memasuki Sungai Jelai.
3. Aktiviti sosioekonomi utama yang dikenalpasti di
sepanjang Sungai Ichat dan Sungai Terla adalah aktiviti pertanian.
3. Aktiviti pertanian ( kebun sayur dan bunga ) yang tidak
terkawal sehingga memasuki kawasan rizag sungai ( tiada zon penampan ) di
tebing-trbing sungai telah mengakibatkan aliran masuk air permukaan (
mengandungi tanah, baja dan racun pertanian ) secara langsung mengakibatkan
kemerosotan kualiti air sungai.
4. Bacaan Indeks Kualiti Air ( IKA ) bagi bulan januari 2019
di Stesen-Stesen Pengawasan Kualiti Air Sungai Terla adalah di paras 88 Kelas
IIA iaitu ia memerlukan rawatan konvensional.
5. Bekas-bekas racun yang tidak diselenggara dan dibasuh
mengikut kaedah yang ditetapkan menyebabkan racun-racun masuk ke
sungai.Pengggunaan racun pertanian yang tidak terkawal dan jugga racun-racun
pertanian yang tidak dibenarkan digunakan turut menyumbang kepada masalah
pencemaran.Pengawasan penggunaan racun pertanian adalah di bawah Akta Racun
1952.
P
engurusan Air Pahang Bhd (PAIP) yang ketika itu ialah
Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang, terpaksa mengambil keputusan untuk tidak
mengalirkan air dari Sungai Ichat yang tercemar itu ke muka sauk, seterusnya ke
LRA Terla.
Sungguhpun begitu, Sungai Terla yang menjadi penyumbang
tunggal kepada LRA Terla dan ia adalah penyumbang 70 peratus bekalan air
terawat kepada penduduk Cameron Highlands; kinipun sudah menghadapi masalah
kekurangan air mentah.
LR
A Kuala Terla sebenarnya, berkapasiti antara 780 meter
padu sejam dan 800 meter padu sejam tetapi ekoran air mentah dari Sungai Terla
pun semakin berkurangan, ia hanya dapat memproses dan menjana antara 480 meter
padu sejam dan 550 meter sejam sahaja.
Oleh itulah, keperluan air mentah dari Sungai Ichat sangat
diperlukan untuk turut diproses oleh LRA Kuala Terla. Sebelum air mentah dari
Sungai Ichat dapat dan selamat digunakan, pemulihan Sungai Ichat tentu perlu
dilaksanakan dan ini akan mengambil masa sebelum air sungai tersebut boleh
digunakan.
Sumber: Jabatan Alam
Sekitar Cameron Highlands.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor