Pages

Tuesday, April 2, 2019

KANAK-KANAK SAKIT JANTUNG PERLU BANTUAN RM60,000 UNTUK PEMBEDAHAN






Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang menderita penyakit jantung, memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM60,000 bagi menampung kos pembedahannya.

Muhammad Adam Mat Jusoh yang menghadapi masalah dua lubang di jantung dan saluran paru-paru tersumbat, perlu melakukan pembedahan secepat mungkin.

Ibunya, Siti Zahirah Deraman, 32, berkata keadaan kesihatan Muhammad Adam sudah diketahui sejak lahir di Kelantan.

Bagaimanapun, beliau berkata, Muhammad Adam tidak dapat menjalani pembedahan segera ketika itu kerana sering mengalami demam panas dan kekurangan oksigen.

“Doktor di hospital Kelantan kemudian mengaturkan untuk Muhammad Adam menjalani pembedahan di Gleneagles Kuala Lumpur.

“Malah, pihak hospital di Kelantan menyumbangkan RM200 sebagai duit tambang untuk kami ke Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui di Gleneagles Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Siti Zahirah berkata, suaminya, Mat Jusoh Mohamed, 49, hanya bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan RM400 sebulan.

Menceritakan lanjut, suri rumah itu berkata, setiap kali Muhammad Adam menangis, bibir dan kukunya akan menjadi kebiruan yang juga tanda masalah jantung.

“Sekarang, berat Muhammad Adam hanya 10 kilogram tetapi dia ada selera makan yang baik dan sentiasa aktif.

“Saya berharap Muhammad Adam akan cepat sembuh, dan kami berterima kasih kepada mereka yang sudi membantu,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi Media Prima-NSTP Humanitarian Fund ke akaun Maybank 5141-0532-3170 atau cek dengan menulis nama pesakit di belakang cek berkenaan dan menghantarnya ke alamat: Media Prima Bhd, Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Tingkat 3, Anjung Liku, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor