KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, bertitah supaya gejala pemahaman Islam liberal dan penerimaan terhadap golongan menyalahi fitrah manusia seperti L.G.B.T di Negeri Pahang dapat dibanteras.
Baginda menitahkan kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa bagi membanteras perkara ini daripada terus berleluasa dan meracuni minda umat islam.
Baginda turut bertitah, konsep amar makruf nahi mungkar merupakan tuntutan ajaran islam sebagai asas bagi menjadikan negeri ini terus makmur dan sejahtera.
Dalam pada itu, baginda berasa amat terkesan terhadap penghinaan kepada institusi raja dan menitahkan supaya tindakan yang wajar patut diambil mengikut undang – undang dalam memastikan martabat institusi raja dihormati oleh semua pihak.
“Sesungguhnya penghinaan sebegini tidak boleh dipandang enteng dan wajar diambil tindakan mengikut undang-undang dalam memastikan martabat institusi raja dihormati oleh semua pihak.”
“Suka saya mengingatkan bahawa agama islam merupakan agama persekutuan namun agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan damai di mana- mana bahagian persekutuan. Kebebasan beragama ini dijamin dalam perlembagaan di mana setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya.”titah baginda.
Baginda turut berharap perbezaan fahaman politik tidak menjadi percaturan dalam memelihara kesucian agama islam. Hal ini penting bagi memastikan agama Islam tidak dipermainkan sehingga sensitiviti islam itu sendiri tidak dipedulikan oleh sesetengah pihak seterusnya mencetuskan perbalahan di kalangan ummah.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor