Saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat-Nya, dapat kita mengembalikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Rantau ini.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengundi yang masih memberi kepercayaan kepada 'Tok Mat' sebagai wakil rakyat tuan-puan.
Sekalung tahniah kepada seluruh kepemimpinan, ahli-ahli dan jentera PAS yang bersungguh-sungguh membantu memastikan kemenangan BN ini.
Semoga permuafakatan erat UMNO dan PAS dapat diteruskan demi kelestarian umat Islam dan Melayu, tanpa mengetepikan kaum-kaum lain.
Kejayaan ini juga dianggap kebangkitan rakyat yang bermula pada PRK Cameron Highlands, mara ke Semenyih dan kini di Rantau pula.
Kejayaan ini pastinya tidak datang bergolek tanpa usaha bersama jentera BN daripada seluruh polosok negara demi memastikan kemenangan seorang pemimpin yang disanjungi rakyat khususnya di Negeri Sembilan.
Sesungguhnya, kemenangan ini bukan bermakna perjuangan kita sudah selesai, bahkan masih panjang dan suara rakyat harus kita utamakan dan perjuangkan setiap masa.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor