PEKAN , : Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum
Sultan Iskandar dimasyhurkan sebagai
Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah
sebagai Tengku Mahkota Pahang yang baharu.
Istiadat dihadiri
lebih 1,500 tetamu terdiri daripada kerabat diraja, barisan kepimpinan kerajaan
negeri dan wakil masyarakat.
Perlantikan Tunku Azizah dan Tengku Hassanal diputuskan oleh
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam
mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang pada Selasa lepas.
Tunku Azizah yang diputerikan pada 5 Ogos 1960 di Istana
Bukit Stulang Johor Bahru, Johor merupakan Tengku Ampuan kelima dalam era moden
kesultanan Pahang.
Gelaran Tengku Ampuan Pahang adalah khas untuk permaisuri
kepada pemerintah atau sultan semasa yang berdarah raja seperti yang tercatat
dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang.
Tengku Hassanal yang diputerakan pada 17 September 1995 di
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota
Pahang menggantikan ayahanda baginda yang sebelum ini telah dimasyhurkan
sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Januari lalu.
Sumber.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor