Pages

Tuesday, January 29, 2019

KERAJAAN PH PERLU SEDAR ISYARAT WARGA FELDA DARI PRK CAMERON HIGHLANDS




KUALA LUMPUR., 29.1.2019:  Penyelaras Pertubuhan Kebajikan Warga Felda Malaysia (PKWFM), Nizam Baharom berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu sedar dan tahu isyarat yang cuba diberikan oleh warga Felda pada pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands Sabtu lalu.


Menurut beliau dengan pelbagai isu yang melanda warga Felda, PRK tersebut dilihat menjadi medan kepada golongan berkenaan yang sebahagian besar merupakan pengundi di parlimen terbabit untuk menterjemahkan hasrat mereka terhadap kerajaan baru hari ini.


“Apapun ‘signal’ yang cuba diberikan oleh warga Felda dalam PRK Cameron Highlands kali ini, kerajaan harus sedar bahawa warga Felda sedang terabai kebajikannya. Isu-isu Felda terlampau banyak dibiarkan begitu sahaja sehingga menimbulkan keresahan yang memuncak.


“Kerajaan harus tahu bahawa dalam era Malaysia Baru, masih belum ada langkah pro-aktif yang diperkenal oleh kerajaan untuk membela nasib masyarakat Felda.  Ini mengambarkan seolah-olah warga Felda tidak lagi jadi keutamaan kepada dasar kerajaan hari ini,” katanya menerusi catatan di facebook beliau di sini, hari ini.


Beliau seterusnya mengharapkan agar kerajaan tidak ‘membalas dendam’ dan meminggirkan warga Felda dari dasar pembangunan negara pasca PRK Cameron Highlands.


“Kami berharap kerajaan tidak ‘membalas dendam’ dan meminggirkan warga Felda dari dasar pembangunan negara. Kita juga menyeru agar kerajaan Malaysia Baru meluluskan suntikan dana sebanyak RM500 – RM700 juta setahun untuk membela nasib warga Felda dan menyelesaikan permasalahan termasuklah masalah aliran tunai yang dihadapi Felda sekarang.


“Jangan terlampau berpolemik dan berpolitik kepartian sehinggakan mengabaikan nasib 112,000 keluarga peneroka Felda,” tegasnya lagi. 


Sumber: 

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor