Tanah Rata, 21.1.2019 : Menteri Besar
Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail
berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan segera melakukan siasatan dalam
segala aduan yang dibuat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands ini.
Jelas beliau, rakyat sedang menunggu apakah
keputusan SPR terhadap beberapa isu yang telah dikemukakan kepada SPR untuk
tindakan lanjut.
“Rakyat sekarang ini bijak, mereka akan
terus menunggu apakah hasil kajian yang dibuat oleh SPR. Jadi, Saya berharap
SPR akan melakukan kajian dengan cepat,” ujar beliau kepada media selepas
program beramah mesra dengan penduduk di Kampung Desa Kayangan di sini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya
berkaitan beberapa salah laku yang dibuat oleh Pakatan Harapan (PH) malah
beberapa siri laporan polis termasuk laporan kepada SPR telah dilakukan namun
masih tiada sebarang tindakan daripada pihak SPR.
Antara isu yang berlaku di PRK Cameron
Highlands ini adalah isu bayaran duit petrol kepada Orang Asli selepas hari
penamaan calon dan penggunaan kereta kerajaan dalam kempen pilihan raya ini. –
Sumber
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor