Pages

Wednesday, January 23, 2019

SEPAKAT BEKERJASAMA DAN BERMUAFAKAT DALAM BLOK PEMBANGKANG - NIK ABDUH




Jelai. 23.1.2019:  Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata Pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) telah memperlihatkan kejutan Pakatan Harapan (PH) berjaya menjadi kerajaan semakin hilang di mata rakyat setelah muncul kejutan yang lebih besar melanda negara.


Ini kerana katanya, timbul kejutan yang lebih besar iaitu bagaimana UMNO dan PAS boleh bersatu, dalam erti kata lain sepakat bekerjasama dan bermuafakat dalam blok pembangkang.


“Dan hari ini kejutan yang pertama itu semakin hilang, kerajaan PH semakin hilang, semakin turun di mata rakyat kerana apa, kerana wujud satu kejutan baru iaitu bagaimana UMNO dan PAS boleh bersatu.


“Cerita puluhan tahun UMNO PAS ini, ahli sejarah, sejarah orang politik pun semua melihat dalam negara Malaysia ini PAS UMNO adalah sebuah institusi masyarakat. Maknanya orang Melayu ini terpecah dua, PAS dan UMNO dan mereka tidak boleh gambarkan bagaimana PAS dan UMNO ini boleh bersatu.


“Kerana apa? Kerana sejarah politik yang panjang. Kita bertembung semenjak sebelum dari kemerdekaan lagi, sekejap sahaja bersama kemudian UMNO dan PAS berpisah, tahun 1946, tahun 1951 sehinggalah alaf tahun baru dua ribu lebih pun masih duk berperang antara PAS dan UMNO,” ujarnya di dalam ceramah sepentas di kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands di Kampung Kuala Medang, di sini, malam tadi.


Nik Abduh tampil berceramah bersama pemimpin-pemimpin UMNO seperti Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.


Jelasnya Ahli Parlimen Bachok itu lagi, atas kehendak Allah selepas PRU-14 hubungan di antara PAS dan UMNO semakin hari semakin baik di dalam saf pembangkang.


“Tiba-tiba, selepas PRU14, suasana jadi lain atas kehendak Allah SWT gempa pertama berlaku UMNO tumbang naik PH. Kemudian berlaku gempa kedua yang lebih besar dalam masyarakat bagaimana kita tengok hari ini hubungan di antara PAS dan UMNO semakin hari semakin baik.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor